31 March 2011

Goodbye Ujian Setara 1

wahhhh , habis dah ujian yang meruntun jiwa tu , walaupun cuma ujian setara je , memang boleh buat pecah otak laa , memang gila-susah-nak-mampus ! haha


BM - okeyy la , biasa biasa je

BI - entahh , no comment

MA - hehe , senang kot <3

MT - subhanallah , entahhh laa , mesti merah lagi laaaaa

KM - hah , yang ni la susah-gila-nak-mampus , paling susah kot !

FZ - seangkatan la jugak dengan Kimia , macam adik beradik ~

BIO - biasa biasa je :)

SJ - okeyy , apa yang aku baca semua masuk , hehe :)

AG - tak tau laaa ~


tu je laaa , haha , kalau nak amik aliran sains kena la tanggung risiko , huarghhhh


BUBBYEE ~

30 March 2011

Afif Muhammed

okeyy , secara jujurnyaa aku tak kesah kalau kau nak menyebelahi siapa , you still my bestfriend , aku bukan gaduh dengan kau , so chill laa , aku faham kau tersepit dekat tengah-tengah , thanks Afif ~

aku takkan bermusuh pun dengan orang lain , walaupun orang tu rapat dengan 'mereka' , jangan la ingat aku gaduh dengan diorang , terus aku tak nak kawan dengan orang yang rapat dengan diorang , aku bukannya berfikiran kolot , sekarang tak ada apa yang nak digaduhkan lagi , penat fikir pasal benda ni

yang aku pasti , aku tau siapa yang betul dan siapa yang salah , kalau difikirkan dengan logik , setiap perbuatan kita mesti ada sebab kan ? so aku rasa apa yang aku buat betul , sekurang-kurangnyaa , aku bukan lahh sampai nak cari gaduh , aku just senyap

nak tau sebab apa aku senyap ? sebab aku nak jaga hati ramai orang , walaupun hati aku sendiri sakit yang teramat sangat , apa yang kau tau pasal sakit ? hidup kau hanya 'have fun' je kan , tak pernah fikir pasal perasaan orang , orang sekeliling kau ~


p/s : sejak perkara ni jadi kan , ramai kot orang yang singgah blog aku ^^

27 March 2011

Bella's Lullaby - Carter Burwell


okeyy , sangat suka dengan sounds ni , sebenarnya background music ni dari movie Twilight yang first , siapa yang tengok mesti ingat punya laa , penat mencari yang ni untuk dibuat background music tapi still tak jumpa , ohh yang sekarang punya background music ni tajuk dia River Flows In You by Yiruma :)

26 March 2011

Bowling ~

hari ni pagi-pagi aku dah bangun , selalu kalau hari sabtu sepatutnya liat sungguh aku nak bangun awal , haha , bagi aku hari sabtu ni hari lepas geram , bangun pun dalam pukul 10 ke atas laa tapi hari ni merajinkan diri bangun pukul 7.45 , huishh memang malas gila la aku

pagi-pagi lagi mak aku dah suruh pergi pasar seri serdang , beli ikan untuk masak tengah hari , kalau diikutkan hati , memang tak nak sangat , mak aku kejut je pagi , terus siap-siap , tak mandi , hehe , ye laaa kalau mandi nanti busuk balik sebab nak beli ikan , cuci muka , gosok gigi , terus pergi , macam kelam-kabut gila kan ?

haha , sebenarnyaa hari ni tempat kerja akak ipar aku ada buat event main bowling , event tu start pukul 9 sebab tu laa aku kena jadi super fast , haha , alaaaa dekat mines je sebab tu dia ajak , peluang keemasan jangan ditolak , akak ipar aku dah bayar 20 hinggit so aku tinggal main je laaa , aku sorang je yang bawah umur , yang lain semua dah kerja , satu team 3 orang , yang pasti aku bukan satu team dengan akak ipar aku , dia buat cabutan untuk tentukan team

aku okey je tak ada masalah , tak kesah pun , tapi yang best masa aku tak tau mana team aku , haha , lagi pun aku segan sikit , biasa laaa , then akak ipar aku cakap ''weyhh korang aku tinggalkan adik ipar aku dekat sini eark'' aku macam ni ==' haha , mana tak nyaa , aku terasa macam budak tiga tahun ^^ haha

game dah start , turn aku je macam biasa laa , masuk longkang dah first-first :) then abang tuu , bagi ceramah sikit kalau tak nak bagi masuk longkang so aku pun okeyy laa , perghh , penat weyhh , sakit gila ibu jari aku , mana tak nyaa , amik kauu 3 game sekali main , selalu aku main 1 atau 2 game je , haha , tapi memang syok laaa , score aku yang paling highest 82 , okey laa , aku bukan expert pun , nampak sangat kawan-kawan akak ipar aku tu kaki bowling , mana tak nya , sampai bawak bola bowling tu dari rumah , huishh , memang patut laa expert kan ~

ermm , habis dah cerita pasal bowling
korang nak tau tak ?
nak tau tak ?
minggu depan exam
terasa macam susah jee
harap-harap tak ada yang fail la ye



BUBBYEE ~

22 March 2011

AMBITION :)

apa cita-cita korang ? setiap orang mesti ada kan , kalau still tak tau lagi , then was-was , aku tak tau nak cakap apa ~

dari kecik bapak aku selalu tanya nak jadi apa , then budak-budakkan , apa yang bapak aku cadangkan semua aku iya kan aje , alhamdulillah , memang melekat la ambition tu dari kecik sampai besar :D

aku suka sangat pergi hospital , sebab aku suka tengok doktor , nampak smart je pakai baju tuu , orang pun hormat , dari tadika lagi aku suka tengok cerita pasal doktor-doktor ni laaa , cerita yang paling aku suka , jeng jeng jeng , haha , medic tv , favourite tuuu <3 belah-belah perut orang , berdarah-darah tapi kan , aku fobia tengok orang accident , lagi la kalau yang sampai kena lenyek lori tu , subhanallah , tak tau laa kenapa , terlampau ngeri lepas tu macam mana nak jadi doktor ? haha , aku akan usaha untuk tidak memfobiakannyaa tapi susahhhh !

tapi aku still ingat masa form 3 , subjek science aku macam haram , bila exam selalu atas pagar , memang terasa sangat bengap , hurmm , masa tu sangat terasa down gilaa , mana tak nya , cakap nak masuk kelas science , tapi science selalu cukup makan je , kadang-kadang fail ! memang tak la kena maki dengan abang aku ~ memang best

hasil makian tu laaa , aku jadi orang yang agak berguna sekarang , alhamdulillah , tapi still nak kejar ambition yang satu ni , MESTI ! emak aku berharap sangat , family aku semua berharap :)

boring kan post aku ? lantak laaa , belog ni tempat luahan aku , so sukati la aku nak tulis apa :) tapi kalau ada yang terasa hati tu nak buat macam mana ~


BYEEEE ~

13 March 2011

PENDAKIAN PERTAMA :)

cuti sekolah di mulakan dengan aktiviti yang menguji ketahanan aku , tehehe , bangun pagi dalam pukul 6.30 , sepatutnya 4.30 kena bangun , tapi abangku yang bijak lagi cerdik tak tersedar , azan subuh baru bangun -____-

siapppp , jom pergi BROGA HILL *excited ~

kelihatan gangster sikit ya di situ :) *tak tau la kenapa gambar ni tak boleh rotate ~

abang aku memang kaki gunung , awek dia pun kaki gunung , AKU ? ni laa first time panjat gunung ,ehh bukit ~ hehe , sebenarnyaa , kitorang bertiga sepatutnyaa panjat bukit tabur , tapi sebab bangun lambat , tukar lahh pergi broga je ~

15 minit pertama muka cool je , tangan pun dalam poket *sejuk , then abang aku cakap 'tengok adik , macam pro , tangan siap dalam poket' *hati sangatlahh berbunga-bungaa , after 30 minutes , 'muka adik dah nampak pucat dahh' ==' HAHA

sebenarnya tak penat , cuma kaki aku sakit ~ then tambah la lagi dengan kegayatan aku , orang takut tinggi panjat bukit , memang tak goyang aku atas tuu , sampai je atas kelihatan lautan manusia , gilaa ramai ~

orang tak suka bergambar , diajak bergambar , ni la jadinyaa :|

p/s: cuti sekolah bukan untuk aku pikir pasal benda tak penting ~


HAPPY HOLIDAYS ~

02 March 2011

TOLONG LAA

lama dahh tak update blog ==' malas , busy , lack of idea , perghh , macam macam laa

minggu lepas dengan minggu ni minggu exam , haha , sebab tu malas nak update , exam agak boring la jugak , siapa cakap exam best =='

buat masa ni , baru je dapat tiga result exam , ngehehe , yeahhh , aku kekalkan kehebatan dalam subjek SEJARAH aku :) ye , aku tau aku punya paling rendahh , tak boleh buat apa apa sebab sejarah bukan subjek favourite aku , huhu , sorry pn. adida :| yang lagi dua , bio dengan maths , ok ok sahaja :) bagi aku bio lagi senang dari sejarah , pelikkan aku :D perbezaan markah antara bio dan sejarah ialah 31% , haha , dah lupakan result aku yang kebudak budakkan tuu , berdebar menunggu result chemist aku ==' harap harap atas 70 :D

esok exam physics , malas betul , susah aku nak ingat formula =='


GOOD NITE :DD