Boring sudah rasanya mahu ber-blogging. Kenapa? Hal ini kerana sudah ramai stalker yang menggeledah blog saya dan telah memutar belitkan kisah dia dalam blog saya. Itu sangat sadis. Masa cepat berubah, lebih mudah rasanya sekiranya tiada orang yang mengenali diri saya membaca blog ini.
Malahan, saya tidak dapat menceritakan kisah gembira saya di dalam blog kesayangan saya ini kerana takut akan menyakiti hati individu yang membacanya. Saya tak sanggup bermasam muka dengan orang lain tapi orang lain suka membuat saya bermasam muka dengan mereka. Akibatnya, saya tidak akan senyum kepada mereka :)
Semenjak, dua menjak, tiga menjak dan bermenjak-menjak ini banyak perkara menggembirakan buat saya. Individu tersayang cukup membahagiakan saya. Walaupun hanya saya sendiri yang merasai kegembiraannya. Dia? Saya tiada statement untuk itu ..
Doakan impian saya tercapai ;)
Doakan saya bahagia ;)