27 August 2011

Semangat membuat kuih raya tahun ni macam membuak-buak. Dari semalam sampai hari ni dah buat dua jenis. Target nak buat tiga jenis je. Tahun ni best sebab bahan-bahan membuat kuih raya semua ditanggung oleh abang tersayang *ecehh. Seronok arr kan, pergi beli bahan aku capai je semua, dekat belakang abang aku buat bunyi latar ''habis laa duit aku'' berulang-ulang kali. Padan muka !


Dekat rumah pulak ada pembantu setia, dua orang lagi, memang riuh laa kan :)



Pembantu setia yang suka curi-curi makan aku punya cornflakes, kalau cakap asyik ulang benda yang sama ''kalau dekat rumahkan acik mok, mama tak buat pun macam ni, acik mok je yang buat, kakak sukaa'' haha




Ni lagi sorang pembantu setia, tengok je apa acik dengan kakak dia buat, kalau geram dia capai arr adunan tuu, haha, sabar je laaa :)






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN







02 August 2011

Alhamdulillah, puasa dah hari kedua. Aku pun okey sebab dah tak ada gastrik gedik-gedik tuu, hehe. Harapan tahun ni dapat laa puasa penuh ye :)

Aku tau laa semua orang dah sibuk-sibuk pasal nak beli baju raya. Hehe, aku sehelai pun tak ada lagi. Baru-baru ni lagi best, bapak aku cakap pakai duit untuk ambil lesen motor tu dulu untuk beli baju raya. Huishh, sabar ye Hayati. Nampaknyaa lepas raya laa ambil lesen. Nampaknya tahun ni beli baju sorang-sorang la gayanya. Berdikari lagi la hidup ini.

Insya-Allah, peruntukkan untuk membeli baju raya akan ditambah pada masa beberapa hari lagi. Sangat happpppy kalau bab men-shopping ni. Perempuan normal pasti akan suka aktiviti sebegini. Tak tau laa kalau ada yang tak normal ke :)




OHH LUPA !


SELAMAT HARI LAHIR YANG KEDUA TAHUN
UNTUK
ANAK BUAH KEDUA SAYA YANG TERSAYANG

AFIQ HAZIQ BIN SAIFFUDDIN :)