15 November 2011
Penantian yang memenatkan, Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku lesen P untuk motosikal. Bukan apa, kalau nak cakap pasal ujian JPJ dia memang rasa macam nak menangis laa kan. Latihan untuk ujian dia bagi masa 1 bulan tapi disebabkan tengah final exam, aku just datang dua kali je untuk latihan then terus ambil ujian JPJ. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab lulus untuk ujian Undang-undang dengan ujian JPJ ni sebab kalau failed kena ulang, kalau ulang sahaja tak apa, yang ni kena RM50 untuk ulang ambil ujian semula. Ambil sekali gus lesen L dengan lesen P pun dah melayang RM430 duit aku, ni kan pulak nak tambah RM50 untuk setiap kali ulang semula ujian -.-
Tapi masa ujian JPJ hari tuu, geram betul dengan orang JPJ tuu, buat kerja macam tak ikhlas ! Semua benda nampak salah pada dia. Sabar je laa, dah lupakan benda yang dah lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)