25 December 2011



Setiap saat aku rindukan dia tapi ...



15 November 2011


Penantian yang memenatkan, Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku lesen P untuk motosikal. Bukan apa, kalau nak cakap pasal ujian JPJ dia memang rasa macam nak menangis laa kan. Latihan untuk ujian dia bagi masa 1 bulan tapi disebabkan tengah final exam, aku just datang dua kali je untuk latihan then terus ambil ujian JPJ. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab lulus untuk ujian Undang-undang dengan ujian JPJ ni sebab kalau failed kena ulang, kalau ulang sahaja tak apa, yang ni kena RM50 untuk ulang ambil ujian semula. Ambil sekali gus lesen L dengan lesen P pun dah melayang RM430 duit aku, ni kan pulak nak tambah RM50 untuk setiap kali ulang semula ujian -.-

Tapi masa ujian JPJ hari tuu, geram betul dengan orang JPJ tuu, buat kerja macam tak ikhlas ! Semua benda nampak salah pada dia. Sabar je laa, dah lupakan benda yang dah lepas.




06 October 2011

Perlukah kita seorang kawan baik ? Tempat mencurahkan perasaan dan segala isi hati yang tersimpan. Kawan bergurau senda, kawan pukul-pukul, kawan untuk bertanya pendapat .. kawan untuk segalanya.

Suatu masa dahulu, aku ada kawan baik .. rapat sangat. Bagi aku dia lah teman untuk segalanya, walaupun banyak kerenah aku tetap ikutkan sebab mereka kawan baik aku. Paling aku rindu, waktu main loncat-loncat atas katil, swimming sama-sama, jogging sama-sama .. tapi semuanya dah tak ada. Hilang dengan sekelip mata. Tidak tahu siapa yang mahu disalahkan.

Malang sekali, lepas semua ini terjadi .. aku tak mampu untuk berkawan dengan perempuan walaupun hakikatnya diri aku ini seorang perempuan. Aku tak percayakan perempuan. Bagi aku mereka semua hipokrit. Hati aku sudah gelap untuk memaafkan dia .. walaupun dia ada memohon maaf . Aku tak mampu ... maaf, mungkin kita sudah ditakdirkan untuk tidak akan berbaik semula.

Sekarang, aku lebih selesa bersendiri. Ke mana saja bersendiri, hanya kadang kala akan ditemani kawan lelaki yang rapat dengan aku.




I hope this bike will be mine :) someday ..








11 September 2011

Okey sangat keletihan hari ni sebab pagi tadi dari pukul 8 pagi sampai 3 petang aku ada khursus memandu dekat Bangi. Punya laa boring, sampai tertidur pun ada. Aku datang awal sebab takut tertinggal transport yang dia sediakan. Mulanya ingat ramai laa orang yang naik satu transport dengan aku, rupanya aku dengan abang tu je. Segan, haha .. Sampai je aku dah blurr, macam orang bisu pun ada juga. Then pak cik tu register kan nama aku, then masuk laa kelas. Dengar laa cikgu tu membebel selama 6 jam, nasib baik rehat dua kali :)


Kesian aku tengok orang Iraq, Iran, & China tu, dah laa cikgu tu cakap Melayu macam mana laa diorang nak paham. Then sebelah aku seorang budak Iraq, sepanjang kelas aku asyik bertukar surat dengan dia, haha. Dia nampak boring so aku pun tegur laa. Mulanya aku ingat dia sebaya macam aku, rupanya dah 21 tahun, hehe. Then time rehat, dia rehat dengan aku. Kena speaking walaupun broken English laa katakan aku ni :)


Nama dia Juman Luay, belajar dekat KLIUC, peramah sangat :)

Habis je kelas pukul 3, pak cik yang ambil kitorang lambat datang, dalam pukul 4 baru dia sampai. Segan lagi sekali sebab tinggal aku dua orang je dengan abang tu. Balik rumah terus pengsan tak ingat dunia :)




09 September 2011

Sejak kebelakangan ni, aku kerap diganggu oleh makhluk halus. Perasaan takut selalu menyelubungi aku. Sampai satu masa, sepanjang malam aku tak tidur. Lebih kerap dia kacau kalau masa kau tengah uzur. Aku tidur dah laa sorang je dekat tingkat atas ni kadang-kadang. Aku dah tak tahan ...


JANGAN TANYA APA YANG AKU NAMPAK