06 October 2011

Perlukah kita seorang kawan baik ? Tempat mencurahkan perasaan dan segala isi hati yang tersimpan. Kawan bergurau senda, kawan pukul-pukul, kawan untuk bertanya pendapat .. kawan untuk segalanya.

Suatu masa dahulu, aku ada kawan baik .. rapat sangat. Bagi aku dia lah teman untuk segalanya, walaupun banyak kerenah aku tetap ikutkan sebab mereka kawan baik aku. Paling aku rindu, waktu main loncat-loncat atas katil, swimming sama-sama, jogging sama-sama .. tapi semuanya dah tak ada. Hilang dengan sekelip mata. Tidak tahu siapa yang mahu disalahkan.

Malang sekali, lepas semua ini terjadi .. aku tak mampu untuk berkawan dengan perempuan walaupun hakikatnya diri aku ini seorang perempuan. Aku tak percayakan perempuan. Bagi aku mereka semua hipokrit. Hati aku sudah gelap untuk memaafkan dia .. walaupun dia ada memohon maaf . Aku tak mampu ... maaf, mungkin kita sudah ditakdirkan untuk tidak akan berbaik semula.

Sekarang, aku lebih selesa bersendiri. Ke mana saja bersendiri, hanya kadang kala akan ditemani kawan lelaki yang rapat dengan aku.




I hope this bike will be mine :) someday ..








No comments:

Post a Comment