31 January 2011

Hari Ini Hari Isnin ^__^

Haha , hehe , huhu , gila !

Sebenarnyaa , aku baru balik Mines , lepak dengan budak KDN , aku kan tak malu , aku sorang je perempuan , hehe , well secara jujurnya , aku lagi suka keluar dengan budak lelaki , haha , bukannya gatal just bagi aku perempuan ni lecehh , nak pegi sini la , nak pegi sana laaa , haishh , kalau jalan-jalan semua kedai dia nak masuk ! kalau beli tak apa juga , ni tak tengok je !? dah la aku tak suka jalan ! malas nak ikut orang yang tak ada hala tuju , erghh , jalan sorang-sorang lagi best !

Malam tadi call Afi then tanya jadi tak , maklum laa , nak online FB internet tak bayar lagi :) dah -kena potong , sebenarnya aku nak ikut sebab nak bayar bill je , tadi dah ada tu join la sekali :D

Aku sampai dalam pukul 9.30 pagi , dah la sorang jee , segan je aku jalan dalam Mines tu , tak ada hala yang nak di tuju , aku pun pegi la kedai buku , cari buku latihan Biology dengan Chemistry , tak ada yang aku minat :( semalam dekat Jusco pun tak ada , dah laa tak ada buku yang aku nak semalam then buat mak aku risau je , mana tak nya , anak dara dia naik motor pergi Jusco , slumber je aku :D dah la tak ada lesen , hehe , tak apaa bulan enam nanti aku amik , hehee , mak aku dah bagi lampu hijau , lagi jauh la aku merayau :D

Then nak dekat pukul 11 baru diorang sampai ! sengal , lambat kot , hhaahaa , lepas tu beli la ticket wayang , wayang start pukul 12.05 so apa lagi merayau laa , diorang semua pergi arcade , aku mula-mula jual mahal macam tak nak main , haha , membazir kot :P akhirnyaaa ! aku pun main sekali daaa , hahaa , punya la leka main tengok jam pukul 11.55 , ohh tidak ! wayang dah nak start , lagi 10 minit ! dah la semua tengah main , macam nak kena tinggal je , huh , nasib baik sempat :D

Then habis dalam 1.30 , pergi makan , borak-borak , lepak-lepak , hehe , lepas tu main bowling pulak , mau tak melayang duit aku :( haha , macam biasa :D kalau main bowling memang aku kalah , orang tak expert !

Pukul 4 baru nak gerak pegi KTM Serdang tunggu bas , tu pun aku dah gelabah , mana taknyaa , mak aku dah call dua kali , aku janji balik sebelum pukul 5 , huishh , nasib baik sempat :D sampai rumah tengok jam dekat hp then tunjuk kat mak aku , 4.56 hehe 'belum lagi pukul 5' haha , mak aku redha je , kalau lambat mesti kena bebel , HAHA

BUBBYE :D

24 January 2011

Kokurikulum =='

Kepenatan melanda hari ni . huarghh . penatnyaa . pagi biasalah kan hari Isnin datang sekolah . dah la aku lambat . sampai-sampai je terus kelam kabut pergi dewan . then masuk kelas lambat . lepas tu terpaksa mengadap cikgu BM yang amat membosankan tu . erghhh . masuk kelas asyik nak marah je ! cuba la chill sikit . tau la awak tu tak pernah ajar BM . tapi jangan la jadikan kitorang mangsa untuk dimarah ! hissshh D:

Lepas rehat pulak . terpaksa menghadap Sejarah pulak :( antara subjek yang aku tak suka . bila time Sejarah je . mesti Anis tanya ' kau tak mengantuk ke Yati ? ' dalam hati memang aku nak tidur sepanjang masa Sejarah ! tapi disebabkan Sejarah aku teruk . terpaksa laa aku tabahkan hati . dah habis dengan Sejarah . wahhh . datang subjek yang menyakitkan kepala aku Add Maths . erghh ! . sebab subjek ni la aku sakit kepala je hari ni . tapi nasib baik laa cikgu aku yang baik hati tuu bersungguh-sungguh memahamkan kitorang pasal Add Maths ni :)

Habis je Add Maths . baaaaaalik . tapi aku bukan balik pun . aku stay hari ni sebab ada bola tampar . start pukul tiga so tunggu la dekat kantin dua jam . makan-makan . borak-borak . cuit-cuit . haha . macam-macam aku buat . dah pukul tiga pergi la mesyuarat bola tampar . perghh . bising gila mesyuarat . macam pasar . masuk makmal mula-mula sejuk . bila dah ramai orang rasa macam kipas tu tak berpusing je . erghhh .

Habis je mesyuarat . terus pergi main bola tampar . tapi dapat main sekejap je sebab hujan turun dengan lebatnya . haha ayat tak boleh blaa . then apalagi main la hujann :D lepas tu aku pergi la tengok Ummul dengan Helesya buat bleep test . huarghh . bosan aku . tak ada mood nak tengok diorang . then aku keluar . jalan-jalan sorang . pusing-pusing . main air . hehe . tak ada kerja nak buat macam tu la jadinyaa :D

21 January 2011

Hi :D

Lama sungguh aku tak meng'update' blog ni . dah nak setahun sebenarnya tak update . bukannya malas just tak ada kesempatan dan kekeringan idea :)

Sebelum terlambat . aku nak wish SELAMAT TAHUN BARU . hehe . gedik kau Yati . dah nak masuk Tahun Baru Cina dah pun . bagi aku tahun ni ialah tahun yang paling aku tak suka ! sebab masuk kelas baru . kelas aliran Sains . memang la sama dengan apa yang aku mintak . tapi pembelajaran dia tak seperti apa yang aku harapkan . bagi aku semua subjek susah . ye laa aku ni bukan pandai sangat . Maths dengan Science A pun just macam luck je .

Tahun ni pon tak ada apa yang menarik . ramai kawan aku yang pindah . tak seronok . kadang-kadang terasa pulak nak balik masa Form 3 . memang la masa tu nak PMR tapi semuanya macam biasa je .

Ohh terlupa nak bagitau . aku sangat gerun dengan subjek CHEMISTRY . mana taknyaa . masuk je kelas cikgu terus soal . dahh la aku blur je . satu benda pon tak paham . tapi buat masa ni subjek yang aku suka sangat subjek PHYSICS . enjoy gila masa ada class :D

Time aku tengah update blog ni la ada orang ketuk pintu bilik . sakai punya Ummul dengan Anis . perghh terkejut aku . dah la bilik aku macam hell sepahnya . grrr . dah la datang tak cakap dulu main terjah je = ='