24 January 2011

Kokurikulum =='

Kepenatan melanda hari ni . huarghh . penatnyaa . pagi biasalah kan hari Isnin datang sekolah . dah la aku lambat . sampai-sampai je terus kelam kabut pergi dewan . then masuk kelas lambat . lepas tu terpaksa mengadap cikgu BM yang amat membosankan tu . erghhh . masuk kelas asyik nak marah je ! cuba la chill sikit . tau la awak tu tak pernah ajar BM . tapi jangan la jadikan kitorang mangsa untuk dimarah ! hissshh D:

Lepas rehat pulak . terpaksa menghadap Sejarah pulak :( antara subjek yang aku tak suka . bila time Sejarah je . mesti Anis tanya ' kau tak mengantuk ke Yati ? ' dalam hati memang aku nak tidur sepanjang masa Sejarah ! tapi disebabkan Sejarah aku teruk . terpaksa laa aku tabahkan hati . dah habis dengan Sejarah . wahhh . datang subjek yang menyakitkan kepala aku Add Maths . erghh ! . sebab subjek ni la aku sakit kepala je hari ni . tapi nasib baik laa cikgu aku yang baik hati tuu bersungguh-sungguh memahamkan kitorang pasal Add Maths ni :)

Habis je Add Maths . baaaaaalik . tapi aku bukan balik pun . aku stay hari ni sebab ada bola tampar . start pukul tiga so tunggu la dekat kantin dua jam . makan-makan . borak-borak . cuit-cuit . haha . macam-macam aku buat . dah pukul tiga pergi la mesyuarat bola tampar . perghh . bising gila mesyuarat . macam pasar . masuk makmal mula-mula sejuk . bila dah ramai orang rasa macam kipas tu tak berpusing je . erghhh .

Habis je mesyuarat . terus pergi main bola tampar . tapi dapat main sekejap je sebab hujan turun dengan lebatnya . haha ayat tak boleh blaa . then apalagi main la hujann :D lepas tu aku pergi la tengok Ummul dengan Helesya buat bleep test . huarghh . bosan aku . tak ada mood nak tengok diorang . then aku keluar . jalan-jalan sorang . pusing-pusing . main air . hehe . tak ada kerja nak buat macam tu la jadinyaa :D

No comments:

Post a Comment